Posts

Showing posts from August, 2013

Call Ummi =) + Rezeki

Assalamualaikum kepada pembaca yang dirahmati sekalian,,    Ini sekadar cadangan. Apa kata kalau awak menelefon ibu setiap hari? Ya, mungkin payah untuk dilakukan kerana tidak biasa, dan mungkin tidak tahu apa yang harus dibualkan. Tapi percayalah cakap saya, hati ibu awak pasti berbunga-bunga setiap kali awak menelefon. Senang-senang awak dapat pahala hanya dengan bertanyakan khabar ibu awak..    Saya menelefon ibu saya tiga kali sehari; sekali pada waktu pagi, sekali pada waktu tengah hari, dan sekali lagi sebelum tidur. Kadang-kadang tidak sampai lima minit pun, cukup sekadar bertanya, "Mama sudah makan? Semuanya okey?" Pada akhir perbualan, pasti saya tidak tinggal mengatakan ini, "I love you mama, take care,Fii Hifzillah." Dan ibu pun akan menjawab, "I always love you, my baby." Saya dapat merasakan hangatnya kasih ibu dan rindunya dia pada saya daripada suara yang saya dengar di corong telefon.    Kenapa saya telefon ibu saya setiap hari? Sebab