Call Ummi =) + Rezeki

Assalamualaikum kepada pembaca yang dirahmati sekalian,,

   Ini sekadar cadangan. Apa kata kalau awak menelefon ibu setiap hari? Ya, mungkin payah untuk dilakukan kerana tidak biasa, dan mungkin tidak tahu apa yang harus dibualkan. Tapi percayalah cakap saya, hati ibu awak pasti berbunga-bunga setiap kali awak menelefon. Senang-senang awak dapat pahala hanya dengan bertanyakan khabar ibu awak..

   Saya menelefon ibu saya tiga kali sehari; sekali pada waktu pagi, sekali pada waktu tengah hari, dan sekali lagi sebelum tidur. Kadang-kadang tidak sampai lima minit pun, cukup sekadar bertanya, "Mama sudah makan? Semuanya okey?" Pada akhir perbualan, pasti saya tidak tinggal mengatakan ini, "I love you mama, take care,Fii Hifzillah." Dan ibu pun akan menjawab, "I always love you, my baby." Saya dapat merasakan hangatnya kasih ibu dan rindunya dia pada saya daripada suara yang saya dengar di corong telefon.

   Kenapa saya telefon ibu saya setiap hari? Sebab saya tidak tahu sampai bila saya boleh mendengar suaranya. Mungkin esok ibu akan pergi menemui Yang Esa, atau mungkin esok ajal saya yang tiba. Saya kira, jika itu terjadi, saya tidak akan terkilan kerana dapat mendengar suara ibu, dan menyatakan yang saya sayang padanya setiap hari.

  Just my 2 cents story and opinion..Jazakallah..

  Semoga kalian mendapat redha Allah serta redha kedua ibu bapamu..Amiin

Comments

Popular posts from this blog

أنت نفسك

RDH8th

Interview MBBS MSU '18