Anak-Anak Permata Hatiku


✨Anak Permata Hatiku✨
Meskipun Pertemuan ini begitu singkat, namun banyak pengajaran yang aku dapat daripada mereka.
Anak2 ini begitu berharga dan teristimewa,
Mereka mendapat kedudukan yang baik di sisi Allah,
Kasih dan Sayang antara mereka, jelas sekali kelihatan,
Mereka kehilangan orang yang tersayang, namun masih ada tempat pergantungan,
Tatkala aku melihat wajah-wajah mereka, jatuh menitis air mata, tidak menahan sebaknya, betapa kuat dan tabah jiwa mereka, mengharungi kehidupan tanpa orang tersayang, pada saat itu, Allah hadirkan insan-insan yang berhati mulia, untuk menjaga , mencurahkan kasih sayang serta mendidik mereka, meskipun rasanya tidak sama, pada saat itu juga terlintas di fikiran ku, "Maka nikmat manakah lagi yang kamu ingin dustakan" , Alhamdulillah ak masih mempunyai kedua ibubapa yang tidak pernah merungut walau sesaat pun hatta mereka letih sekalipun, sungguh hebat dua sosok tubuh ini, sangat aku kagumi, ak masih diberi peluang untuk membalas jasa orang tuaku, masih diberi peluang untuk menagih kasih sayang drpd mereka, masih diberi peluang utk mndptkn Doa-Doa dripd mereka,
Makanya,buat kenalan2 yang masih mempunyai kedua orang tua, hargailah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga, jagalah hati mereka dengan sebaiknya, kerana di luar sana , ada yang tidak sempat untuk merasainya, bersyukurlah kita masih diberi kesempatan untuk memiliki kedua Orang Tua,


✨Anak Permata Hatiku✨
Sungguh aku kagumi mereka tatkala azan asar berkumandang, salah seorang antara mereka mengatakan, "Akak dah azan asar, bila kita nak solat?" Aku tergamam, anak kecil seperti mereka tahu solat itu perlu didahulukan dan diutamakan berbanding hal-hal dunia,aku menyuruh mereka colour cepat-cepat supaya mereka dapat cepat-cepat pergi solat asar,
Sesudah mewarna, terus kami beredar dan menuju ke surau,hebat anak-anak ini, mereka dah ada wudhuk siap2, dan bersedia untuk solat ber"Jemaah". Lagi aku rasa triggered, makanya, aku memenuhi permintaan mereka.
begitu juga dengan solat Maghrib, imam dilantik dalam kalangan mereka, tanpa perlu diajak, automatik, semua menunggu untuk berjemaah meskipun maghrib dah nak sampai penghujung waktu, MashaAllah , hebat mereka ini, hidup biah-biah islamiah dan solehah dalam jiwa mereka, tidak putus-putus mengucapkan "syukran" kepada aku, mereka tahu erti sebuah penghargaan walaupun hanya sekadar ucapan "Syukran".
Adik-adik permata Hatiku, kalian merupakan insan-insan yang dipilih oleh Allah, aku percaya, pasti ibu/bapa mereka tersenyum di "alam sana" apabila melihat anak-anak mereka sangat berakhlak mulia, solehah dan sebagainya,
Moga adik-adik permata hatiku, mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt, Moga kita semua memperolehi syurga.
Benarlah, mereka ini anak-anak permata hati❤
Semoga kita dapat berjumpa lagi,Awwabah,Ishmah,Aina,Asiah,Arifah,Marehah,Saedah,Hanisah,Suwaibah,Adibah

Pengajaran yang diperolehi :-

1. Berbuat baik kepada anak-anak yatim

“Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dan kaum kerabat dan anak-anak yatim.” (QS An Nisaa,4:127)

2. Hargailah kedua ibubapa

Firman Allah SWT, "Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa." (Surah al-Baqarah, ayat 83)

3. Berusaha untuk solat berjemaah

Daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sembahyang berjemaah adalah lebih utama (baik) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4. Berterima Kasih

Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang tidak pandai bersyukur (berterima kasih) kepada manusia, bererti ia belum bersyukur kepada Allah.”_ (HR Tirmizi No: 1877) Status hadis : Hasan Sahih.

5. Berkasih Sayang kerana Allah

Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada’ ”.
(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)

6. Berlapang dada dalam setiap perkara yang berlaku

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

.......dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". QS. An Nur: 2

#RamadhanTitikPerubahan
#RamadhanMubarak
#RebutPeluangYangMasihAda
#HargaiIbuBapa
#MogaMemperolehiSyurga

13 Ramadhan 1440H
8.35am

Comments

Popular posts from this blog

Interview MBBS MSU '18

أنت نفسك

Perjalanan Agung Isra' Mi'raj