Jalan-Jalan Kebaikan

Assalamualaikum w.b.t




Jalan-Jalan Kebaikan

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: "Sesiapa mengerjakan kebaikan meskipun sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya."
(Surah al-Zalzalah 99: 7)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: 

Maksudnya:'Setiap ruas tulang manusia dibebani untuk bersedekah setiap pagi harinya. Berbuat adil (mendamaikan) di antara dua orang adalah sedekah. Menolong orang lain dengan memboncengkan di kenderaan atau membawakan barangnya adalah sedekah. Setiap langkah yang ditempuhi menuju solat (berjemaah) adalah sedekah . Membuangkan sesuatu yang menganggu dari jalan adalah sedekah.'
(Riwayat al-Bukhari no. 2989 dan Muslim no.1009)

Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:"Sesungguhnya setiap manusia daripada keturunan Adam diciptakan dengan memiliki 360 ruas tulang. Sesiapa yang bertakbir,bertahmid,bertahlil,bertasbih,beristighfar, menyingkirkan batu, duri, atau tulang dari jalan; beramar makruf; atau bernahi mugkar sebanyak bilangan 360 kali, bererti sesungguhnya pada hari itu dia telah menjauhkan dirinya dari neraka." 


(Riwayat Muslim no.1007)





Muslim meriwayatkan daripada Abu Zar r.a bahawa  Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:"Setiap pagi hari setiap ruas tulang kamu dibebani untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap tahlil adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah. Nahi mungkar adalah sedekah. Dan cukup sebagai ganti daripada itu semua adalah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha"
(Riwayat Muslim no. 720)

Muslim meriwayatkan daripada Abu Zar r.a , beliau berkata:

Maksudnya:"Nabi SAW pernah bersabda kepadaku: 'Janganlah sekali-kali engkau meremehkan kebaikan meskipun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria."

(Riwayat  Muslim no.2626)


Marilah ikhwah akhawat semua kite sama-sama buat baik menuju Allah...meraih syurga Allah...In sha Allah...

Comments

Popular posts from this blog

Interview MBBS MSU '18

أنت نفسك

Perjalanan Agung Isra' Mi'raj